TOKOH 1: PLATO
PANDANGAN
- Lukisan adalah tiga kali terpisah daripada kebenaran
- Seni mencipta persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan perpaduan
- Seni merupakan kegiatan peniruan alam (seni catan, lukisan, arca, puisi dan drama)
- Menggunakan perkataan 'Mimesis' yang bermaksud imitasi atau peniruan
- Beliau mendefinisikan ciri-ciri seorang pelukis yang baik seperti berikut:-
" seseorang pelukis yang baik bukan sahaja dapat meniru sesuatu objek, tetapi dia juga perlu menghasilkan satu tiruan yang tepat dan objek yang dilukisnya itu nampak sama seperti objek asal dan mereka yang melihat lukisan mahupun catan itu perlu bersependapat bahawa mereka sedang melihat objek yang asal " -plato
- Beliau juga mengatakan bahawa karya seni yang dihasilkan tidak boleh dianggap sebagai satu sumber pengetahuan
- Seni dihasilkan berdasarkan emosi yang terhasil dengan meniru sesuatu objek dunia fizikal
- Dunia fizikal bukanlah satu sumber ilmu pengetahuan
- Pengetahuan merupakan sesuatu yang kekal abadi manakala dunia fizikal pula bukanlah sesuatu yang bersifat abadi
PANDANGAN
- Seni sebagai satu imitasi kehidupn dan satu kebenaran dalam bentuk luahan idea yang benar (mimesis)
- Sikap menyukai imitasi secara semulajadi dapat dikesan pada sifat manusia yang gembira apabila dapat mengetahui bahawa mereka tidak disukai atau sebaliknya
- Seni tidak hanya tertumpu kepada penyalinan semata-mata dan juga tidak hanya kepada seni halus seperti seni arca, catan dan juga lukisan
- Beliau menggunakan istilah peniruan dengan membariskan empat maksud iaitu:-
" mengulangi atau mengeluarkan semula atau kata-kata atau gerak tangan perbuatan individu yang lain. Membuat sesuatu tiruan atau sesuatu yang mempunyai persamaan dengan benda atau objek. Berlagak seperti individu yang lain. Mewakili aksi- aksi manusia " -Aristotle
- Beliau percaya bahawa ilmu dan pengajaran tidak boleh dipisahkan
- Pengajaran haruslah berterusan sehingga menemui kebenaran
- Beliau juga berpendapat bahawa perlunya mengatur peristiwa mengikut kronologi untuk melengkapkan sesebuah cerita
- Seni merupakan satu jelmaan yang sempurna
- Beliau berpendapat bahawa seni peniruan terbahagi kepada dua golongan iaitu:-
- Seni meniru objek-objek yang dilihat dengan menggunakan warna dan lukisan
- Seni meniru aksi manusia melalui irama lagu dan pergerakan (tarian)
TOKOH 3: HERBERT READ
- Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan, dan kedamaian estetika
- Seni merupakan alat unutk mendidik seseorang
- Seni boleh menyatukan semua negara (pendidikan dan pembentukan diri)
TOKOH 4: FELDMAN
PANDANGAN
- Beliau berpendapat bahawa seni dan kebudayaan itu menjadi tunjang perkembangan seni kepada manusia
TOKOH 5: JOHN DEWEY
PANDANGAN
- Beliau membawa konsep bahawa aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak
- Fungsinya adalah unutk memimpin kanak-kanak ke arah sesuatu fahaman tentang seni sebagai satu cara penyusunan pengalaman
- Pendidikan adalah sebagai satu peroses untuk mengembangkan kecerdasan minda
No comments:
Post a Comment